Monday, December 13, 2010

"Insan Bermakna"

kadang-kadang kita tidak pandai untuk meluahkan rasa kasih & sayang
pada insan yg kita sayang.....
kadang-kadang kita tidak tahu bagaimana untuk mempamerkan sikap ambil berat pada insan yg kita sayang.....
walaupon kata-kata dan sikap diluahkn dan dipamerkan dengan begitu kasar
tetapi siapa yg tahu di dlm hati ini meronta-ronta untuk membuat mereka faham...
"oh insan yg dikasihi..sesungguhnya aku begitu menyayangimu sepenuh jiwaku"


"Buatmu insan yg paling bermakna dlm hidupku.....
terima kasih sentiasa berada disisi ini dikala diri ini kesedihan...
terima kasih sentiasa memahami tingkahlaku kekasaran diri ini.....
terima kasih sentiasa memberi nasihat & dorongan ketika diri ini lemah tidak bermaya...
terima kasih di atas penat lelah untuk melihat diri ini berjaya di dunia dan akhirat...



Sesungguhnya diri ini ingin kau mengetahui hanya dirimu satu tiada dua
insan yg paling bermakna.....
Sesungguhnya diri ini tidak terdaya membalas segala jasamu yg tidak ternilai itu
insan yg paling bermakna......
Sesungguhnya diri ini akan lemah jika diri ini dipisahkan darimu
insan yg paling bermakna....

Dikala kekuatanmu semakin berkurang...
Dikala kedutan diwajahmu semakin terserlah...
Dikala suaramu tidak senyaring dulu...
Dikala rambutmu semakin memutih.......
Diri ini ingin kau tahu. tidak lagy perlu kerisauan dihatimu kerana sesungguhnya
23 tahun telah berjaya menjadikan diri ini insan yg mengenal erti hidup
dan berjaya mengenal yg maha Pencipta......

Diri ini tidak akan lupa kerana diri ini mengetahui
tidak akan senang hidup ini dan tidak akan berjaya hidup ini tanpa
DOA dan KEREDHAAN dari mu
wahai insan yg paling bermakna buatku...."


"SARANGEO OMMA
PUAN HAJJAH NORMA HAMZAH"

No comments: