Thursday, August 19, 2010

bad memory

semalam..lepas x tahan dah ngadap journal en.elmi (my lecturer) yg mmg wat my otak berfungsi 100% lah nak pahamkan isi die.... kami lajukan jer mouse laptop kat mozila then taiplah web kegemaran sumer nie...mukabuku a.k.a facebooklah...hek3x.... kami x de mood sebenarnyer... baca2 ja lah ape yg membe2 post.. tibe2 kami tertarik kat satu video nie... pasal Nick Vujicic... hah.. korang kenal ke saper die?? sape yang dah kenal tu tahulah.. yg x pernah dengar nama die nanti kami cerita tapi next post okey... Nick nie memang sangat istimewa bagi kami... sekarang kami bukan nak cerita pasal dia.. tapi bile kami tengok video tu kami teringat satu kisah... ianya bermula... (wah macam dalam tv tu...imbas kembali..latar belakang oren2 sket..hik3x)....

***************************************************************************************
1994,

ada seorang budak pompuan nie..umur dalam 7 tahun means dlm year 1 lah kan.. dia budak yang agak ceria macam kanak2 lain and maybe nakal jugak...nama pon kanak2...hihi.. then one day.. something was happen to her... sesuatu yang sangat mengubah hidup budak perempuan tu... satu hari waktu dia tunggu ayah dia datang menjemput dia balik dari sekolah... budak2 kan...dia dengan gembiranya duk main kejar dengan her frenz... hepi sangatlah kot waktu tu... tiba2...budak tu dengar...someone panggil nama dia..dah org panggil sah2 kite kena berpaling kan.. so budak tu pusinglah cari arah suara tu.. tapi bukan orang yang memanggilnya dia nmpak but ada something yang melayang terus tepat ke arah mata kiri nya.... korang nak tahu apa?? korang kenal name tag?? tanda nama yang tertera nama masing2 yang kite sumer pakai waktu time sekolah-sekolah dulu...hah..benda tulah yang melayang ke arah mata kiri budak perempuan tu... suratan dah tertulis.. Allah maha mengetahui apa yang dirancangNya.. jarum nametag tersebut betul2 tercucuk ke dalam mata hitam budak tu.... memang center sgt... budak yang baling tu kalau masuk sukan asia baling dart wakil malaysia..kami rasa sah2 dia dpat bagi satu pingat emas pada Malaysia..hik3x... tepat...melekat okey kat mata tu.. aushh.. kami lupe apa rasa budak pompuan tu time tu... tapi matanya dah mula berair.. dah macam de kolam air kat mata kiri budak tu... kuasa ALLAH.. budak tu dengan berani tarik sendiri nametag yang melekat pada mata dia.. dah Allah maha pengasih juga..tak ada setitik darah pun yang keluar dari mata budak tu just air mata yang tak henti2 mengalir.. (bukan menangis)...


nielah rupa name tag yang kami maksudkan tu..hihi (namapk jarum dia?? hihi)

budak pompuan tu dah rase kelainan dah waktu tu kat mata dia... (suspen nie..hihi).. cikgu datang..dah wat muka cuak..takut beb... ayah budak perempuan tu sampai cikgu dah x tahu nak explain apa2..citer2 panjang2 buang masa jer kot...kang tak pasal pengsan budak tu.. dipendekkan cerita... ayah budak tu dah bengang tapi masih tenang terus bawak balik budak tu... mak budak tu pulak terkejut... x yah citer sumer tu..yang pasti ibu bapa mana tak panic tengok anak diorg cmtu..terus budak tu dibawa ke hospital... and dah mulalah keje seorg doktor pakar..kata kornea mata budak tu dah terkoyak..( dah macam kain plak kami dengar..hihi) terpaksalah dibuang terus means dengar kata lain budak nie dah rabun tahap kritikal.. memang langsung tak nampak..blur jer.. operation serta merta.. dan akhirnya bermula lah kisah hitam dalam hidup budak tu... kenapa hitam bukan dia buta okey but dah tak normal macam dia dulu...

hari berganti hari..bulan berganti bulan tahun berganti tahun...dah berpuluh kali budak perempuan tu masuk operation room... that's why if ditanya pada dia sekarang perasaan takut masuk bilik OR... dia bleh senyum jer.. orang pantai timur cakap.."dah kalih" means dah biase lah..hihi... budak tu terpaksa pakai kanta mata... kecil lagi dah pakai contect lens..bukan sebab nak bergaya dah terpaksa kalau tak rabunlah budak tu.. namun begitu.. peralatan perubatan waktu tu taklah canggih lagi.. tambahan lagy budak2 mana suka pakai benda2 nie sumer..then perkara tu di ignore kan oleh budak tu...sampailah satu masa budak tu rasa kelainan pada diri dia... dlm istilah kedoktoran nie( kami tak tahu kami bukan doktor hihi) mata budak tu dah jadi "lazy eye" means bahasa kasarnya juling... oohh...


maybe macam ni keadaan mata budak perempuan tu masa operation..hihi~

setiap apa yang ditentukan olehNYA...pasti ada hikmah disebalik kejadian tersebut... semakin hari semakin dewasa..budak perempuan tu dah mengenal erti kehidupan..perasaan segan ..malu..sudah mula menyelubungi diri dia... tipulah kalau kami kata dia tidak pernah menyalahkan takdir yang berlaku ke atas diri dia... dia terasa rendah diri... tersisih,,banyak benda yang ingin dilakukan olehnya terbatas disebab kan keadaan fizikalnya tersebut.. malu..15 tahun mengharungi hidup penuh cabaran dan kesabaran dengan pandangan manusia terhadap dia...

pembedahan terakhir dibuat pada diri budak itu... walaupon dia tau mustahil untuk dia kembali seperti dulu namun begitu berkat doa seorang IBU..seorang AYAH yang tak putus2 berdoa agar anak mereka ini sentiasa diberi kekuatan dalam hidupnya dah berjaya seperti yang lain... budak perempuan tu sentiasa berpegang dengan kata-kata ibunya.. "Allah itu maha mengetahui..dia tahu apa yang ditentukan olehNYA.. DIA tidak akan mengenakan musibah pada hambaNYA melainkan DIA tahu hambaNYA itu mampu menerimanya.."....."setiap musibah yang berlaku ada hikmahnya..."..oleh sebab itu... dengan berpegang dengan didikan agama dari kecil.. budak perempuan itu mampu mengharunginya... walaupun kadang2 terfikir juga sedikit.. bohonglah kalau dia boleh menerimanya begitu sahaja.. manusia tidak lah sempurna...

2010,

kini, budak perempuan tu sudah meningkat remaja...23 tahun.... 16 tahun mengharungi memory hitam dengan sabar dan dengan berkat doa ibubapa mereka..insyaallah lagi setahun..dia akan menamatkan gelaran sebagai seorang Mahasiswa yang berjaya di University... harapan budak perempuan itu hanya satu...untuk menghadiahkan segulung ijazah buat ibubapa mereka yang selama ini tidak putus-putus memberi semangat dan dorongan kepadanya.. tanpa doa mereka kami rasa budak perempuan tu tak mungkin agak menjejakkan kaki ke university.... sesungguhnya tanpa ibubapa siapalah kita....

*************************************************************************************

haa...itulah citer kami yang kami nak kongsikan pada korang...erm... bila kami tengok video Nicky Vujicic tu... kami teringat kata-kata mak budak perempuan tu... "kita jangan terlalu tengok ke hadapan...cuba sekali kite tengok ke belakang... kalau kita rasa Allah tu tidak adil dengan menjadikan kita seperti ini... kita perlu tengok ramai lagi hambanya yang lebih teruk diuji olehNYA tapi masih mampu mengharunginya tanpa keluhan"... "Allah sayang kita sebab tu dia uji kita..." ermm...kami sayang sangat mak budak perempuan tu...sangat teramat.... hehehehe~

okey panjang betul post kami kali nie..hope korang hepi dengan cerita kami..tunggu next post about NIcky Vujicic yang kami perkatakan tadi tau... adios.. (^_^)v..

p/s: kalau kami kata budak perempuan tu kami...percaya tak???? hehee...salam


No comments: